Pulau Redang Daytrip | Kapas Redang Day Trip

Pakej Pulau Kapas & Pulau Kapas Resort 2024

Sedang mencari pakej Pulau Kapas untuk percutian korang? Jom baca perkongsian menarik kami kali ini.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan kenapa Pulau Kapas merupakan sebuah destinasi percutian yang menarik dan berbaloi untuk korang kunjungi.

Kami juga akan kongsikan apa aktiviti menarik dan pilihan pakej Pulau Kapas terbaik untuk korang. Jom baca!

Kisah Menarik Asal-usul Nama Pulau Kapas

Kalau korang perasan, unik sebenarnya nama pulau-pulau di Malaysia. Sama juga halnya untuk Pulau Kapas. Ada banyak kisah berkenaan asal-usul nama pulau ini dan semuanya kisah yang sangat menarik.

Kebanyakan penduduk tempatan percaya bahawa suatu ketika dahulu, pasir di sepanjang pantai di Pulau Kapas ini berwarna kuning. Kononnya, sebuah kapal dagang yang membawa muatan kapas telah tenggelam di sini.

Segala bahan dan muatan yang dibawa telah hanyut dibawa ombak sekaligus mengubah warna pasir di pulau ini sehingga menjadi warna putih. Ada juga yang mengatakan bahawa nama pulau ini diambil bersempena nama pokok kapas.

Ada banyak pokok kapas pada ketika itu di pulau ini sehingga diberikan nama sebagai Pulau Kapas oleh penduduk setempat. Begitulah sedikit sebanyak sejarah asal usul nama pulau ini. Menarik kan?

Lokasi Pulau Kapas

Ia merupakan salah satu lokasi percutian popular di Malaysia yang terletak hanya enam kilometer sahaja daripada daratan negeri Terengganu jika korang datang ke sini melalui jeti Marang dengan menaiki bot.

Pulau di Laut Cina Selatan ini yang terletak di dalam daerah Marang, Terengganu ini mengambil masa sekitar 30 minit jika korang menaiki bot biasa. Sebaliknya, korang boleh menjimatkan perjalanan korang dan sampai sekitar 10 minit sahaja dengan bot laju.

Ia juga tidak jauh dengan Kuala Terengganu. Daripada jeti Marang ke Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu, ia hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.

Keunikan Pakej Pulau Kapas

Dalam pakej Pulau Kapas yang akan kami kongsikan ini, korang akan dibawa untuk menikmati keindahan alam semulajadi pulau ini yang terkenal dengan pasir pantainya yang putih, kejernihan air lautnya dan beberapa aktiviti menarik yang korang tidak patut lepaskan untuk dilakukan disini.

Korang juga akan didedahkan dengan aktiviti utama yang menjadi tarikan dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain beberapa hidden gems yang ada di Pulau Kapas ini.

3 Aktiviti Utama Pakej Pulau Kapas

1. Snorkeling dan Menyelam di Pulau Kapas

Aktiviti snorkelling dan menyelam skuba merupakan aktiviti yang tidak asing lagi apabila korang bercuti di kawasan pulau.

Pulau Kapas ini juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kelengkapan untuk korang melakukan aktiviti tersebut.

Setiap pengunjung yang pernah menyelam di sini begitu berpuas hati dengan ribuan ikan dan terumbu karang yang menyapa mereka di dasar laut.

Antara spesies hidupan laut yang korang bakal bertemu adalah belut laut,ikan pari, kerang gergasi, sotong, landak laut, gamat dan banyak lagi.

Tambahan pula, jika bernasib baik korang boleh beramah-mesra dengan penyu yang kadang2 muncul diperairan pulau kapas !

2. Mendaki Bukit Singa di Pulau Kapas

Jika ke Pulau Kapas korang wajib untuk ke Bukit Singa kerana ia merupakan landmark kepada pulau ini. Ia dikenali Bukit Singa kerana dari sisi bukit ini ia kelihatan seperti kepala singa.

Untuk ke sini korang perlu memakai pakaian yang sesuai kerana perjalanannya yang memerlukan korang untuk mendaki bukit dan kawasan yang berbatu licin.Sekurang-kurangnya memakai kasut atau selipar yang sukar untuk tertanggal !

Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk menikmati pemandangan Pulau Kapas dan merakamkan gambar yang begitu menakjubkan!

3. Island Hopping Pulau Kapas

Selain itu korang boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk melakukan aktiviti island hoping atau mengelilingi pulau kapas.

Bagi aktiviti ini korang bakal dibawa ke destinasi shark point iaitu lokasi yang mempunyai ikan jerung yang banyak, melihat kawasan tebing yang berbentuk hati ,melawat gua kelawar dan melawat blue lagoon yang terletak di belakang pulau kapas.

Walaupun destinasi untuk island hoping ini tidak begitu banyak, tetapi ia cukup untuk membuat korang terpesona dengan keajaiban alam ini.

Korang juga berpeluang untuk menyaksikan panorama Pulau Gemia yang dikenali sebagai pulau mewah di Kuala Terengganu.

Senarai Pakej Pulau Kapas

Ada beberapa jenis pakej Pulau Kapas yang kami ingin tawarkan kepada korang. Pakej-pakej ini dibuat mengikut jumlah hari yang korang ingin luangkan disini, jenis aktiviti dan juga mengikut bajet korang. Korang juga boleh untuk dapatkan resort sahaja di Pulau Kapas melalui Kapas Marine

1. Pakej Pulau Kapas 3H2M Full Board

Pakej ini adalah untuk 3 Pax dimana anda diberikan tiga pilihan penginapan yang berbeza iaitu: 

2. Pakej Pulau Kapas 2H1M Full Board

3. Pakej Camping Pulau Kapas

RM80 per camp per night for 4 pax


4. Custom Pakej Pulau Kapas

Pakej Untuk custom Aktiviti,Makanan & Penginapan pada tawaran harga yang paling baik !

Sila Berhubung Dengan Team Kami Untuk Lebih Detail Kapas Marine

Tempat Penginapan di Pulau Kapas

Pulau yang berkeluasan kira-kira 2.72 km persegi ini turut menawarkan beberapa chalet dan resort penginapan yang begitu selesa untuk korang melepaskan lelah.

Antaranya adalah:

Jom pilih dan tempah pakej yang paling sesuai dengan anda kerana Pulau Kapas sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya pada musim-musim cuti. Jadi, lebih cepat anda tempah, lebih baik.

Banyak sangat perkara, aktiviti dan keunikan yang kami ingin anda rasai sendiri di Pulau Kapas. Jadi, kami ingin mengajak anda untuk baca dengan lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang kami tawarkan.

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dan penginapan Di Pulau Kapas, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine ! 

Exit mobile version