Untuk ke Pulau Redang, anda perlu menaiki bot menerusi Jeti Pulau Redang.
Dimana terletaknya jeti ini? Di Setiu, Terengganu.
Jangan salah taip atau baca maps kerana ada dua daerah di Terengganu yang hanya berbeza sedikit sahaja ejaan dengan Merang iaitu Marang yang menempatkan sebuah lagi jeti ke destinasi popular iaitu Pulau Kapas.
Kalau tersilap, memang agak menggangu jadual trip anda sebab kedua-dua lokasi ini sangat jauh di antara satu sama lain.
Perjalanan daripada jeti ke Pulau Redang pula mengambil masa sekitar 45 minit.
Untuk ke Pulau Redang ini memerlukan anda semua menggunakan perkhidmatan bot Kapas Marine yang beroperasi di Jeti Pulau Redang Merang sama ada untuk buat daytrip ke pulau redang atau bermalam di pulau redang.
Terdapat Dua Jenis Perhidmatan Untuk ke Pulau Redang Iaitu dengan Bot Dan Feri
Jeti Taman Tamadun Islam KT – Jeti Taman Tamadun Islam adalah lokasi untuk anda mencari tiket feri ke Pulau Redang. Masa perjalanan dari Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam bergantung kepada keadaan laut.
Walaupun feri ini agak besar namun kalau anda seorang yang mabuk laut, disarankan untuk siap-siapkan apa yang patut seperti pil mabuk laut atau plastik. Sebaik sampai berdekatan dengan Pulau Redang, pelancong akan naik bot transit yang akan membawa ke lokasi penginapan masing-masing.
Jeti Merang / Penarik – Jeti kedua yang boleh anda naik bot adalah di Jeti Merang yang terletak kira-kira 40 km ke utara Bandar Kuala Terengganu. Kalau memandu dari KT, makan masa lebih kurang 30-45 minit melalui Jalan Pantai/ Jalan Penarik. Dari Merang, pelancong akan menaiki bot laju menyusuri muara Sungai Merang sebelum meredah lautan ke Pulau Redang.