Pulau Redang Daytrip | Kapas Redang Day Trip

Jom berkhemah di Pulau Kapas

Pulau Kapas adalah salah satu tarikan pelancongan yang terletak di Marang, Terengganu.

Biarpun tidak terkenal seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang, pulau ini mempunyai keistimewaan dan keindahan tersendiri yang membuatkan anda harus melawat ke pulau kapas.

Sesuai dengan namanya, Pulau Kapas menjadi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara kerana memiliki pesisir pantai berwarna putih seperti kapas.

Selain itu, ada banyak lokasi dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berkunjung ke pulau terbabit.

Terletak hanya 10 minit dari jeti Marang, pengunjung mempunyai pilihan sama ada ingin pulang pada hari sama atau menginap di chalet dan resort disediakan. 

Jika inginkan kelainan dan menjimatkan wang, anda boleh memilih berkhemah di tapak yang disediakan dengan harga sangat berpatutan

Baru-baru ini penulis bersama beberapa rakan bercuti ke pulau ini di bawah kendalian Kapas Marine.

Sebelum menaiki bot, kami diminta berkumpul di Jeti Marang. Sementara itu, penulis mengambil peluang menikmati nasi dagang ikan tongkol di Pasar Marang sebelum bertolak ke Pulau Kapas sekitar jam 9 pagi.

Konsep percutian kali ini adalah perkhemahan. Sebaik tiba, kami diminta memasang khemah sendiri.

Bagi kali pertama yang mengikuti program seperti ini, agak sukar untuk mereka memasang khemah dan banyak kejadian lucu berlaku termasuk khemah dipasang terbalik atau runtuh. Mujur ada penganjur membantu mereka.

Selepas memasang khemah, sementara menanti makanan tengah hari siap, kami diberi peluang membuat aktiviti bebas di kawasan sekitar.

Penulis memilih melakukan aktiviti selam snorkel. Kejernihan air membolehkan penulis menikmati keindahan batu karang yang berwarna-warni.

Pada sebelah petang, kami dibawa ke belakang pulau untuk mendaki Bukit Berakit dan mandi di ‘blue lagoon’.

Kemudian, kami terus dibawa ke jeti berhampiran untuk menikmati keindahan matahari terbenam.

Pada sebelah malam, penganjur mengadakan sesi perkenalan antara peserta untuk mengeratkan ukhuwah sesama kami.

Pada hari kedua, selepas sarapan, kami bergerak ke Bukit Singa. Nama Bukit Singa diperoleh kerana bentuk bukit yang menyerupai kepala singa.

Mendaki Bukit Singa adalah aktiviti wajib sekiranya berkunjung di pulau ini. Untuk ke sini, kami perlu melalui pesisir pantai dan batu-batuan tajam.

Sampai sahaja di puncak Bukit Singa, penat lelah kami terbayar apabila dihidangkan dengan pemandangan indah dengan laut terbentang luas di depan mata.

Selesai bergambar, kami diminta terjun dalam laut untuk menyejukkan badan sebelum kembali ke tapak perkhemahan.

Pada sebelah petang, kami ke jeti untuk meneruskan aktiviti bermandi-manda.

Seterusnya pada sebelah malam pula, kami meluangkan masa dengan bermain pelbagai permainan yang disediakan dan paling menarik setiap acara ada hadiah disediakan penganjur.

Pada hari terakhir, sebelum bertolak pulang, kami diminta mengemas semua tinggalan dan sampah-sarap

Banyak kenangan indah tercipta sepanjang tiga hari dua malam bercuti di Pulau Kapas ini. Jika diberi peluang, penulis ingin kembali membina kenangan baharu di pulau ini!

Korang boleh booking servis bot dan penginapan di pulau kapas melalui team Kapas Marine yang memang ohsem !

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dan penginapan Di Pulau Kapas, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine ! 

Exit mobile version