Pulau Redang adalah salah satu tarikan pelancongan yang terletak di Merang Setiu, Terengganu.
Pulau ini mempunyai keistimewaan dan keindahan tersendiri yang membuatkan anda harus melawat ke pulau redang sekurangnya sekali seumur hidup.
Pulau Redang menjadi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara kerana memiliki pesisir pantai berwarna putih yang sudah terkenal seluruh dunia.
Selain itu, ada banyak lokasi dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berkunjung ke pulau terbabit.
Terletak hanya 45 minit dari jeti Merang, pengunjung mempunyai pilihan sama ada ingin pulang pada hari sama atau menginap di chalet dan resort disediakan.
Jika inginkan kelainan dan menjimatkan wang, anda boleh memilih berkhemah di tapak yang disediakan dengan harga sangat berpatutan
Baru-baru ini penulis bersama beberapa rakan bercuti ke pulau ini di bawah kendalian Kapas Marine.
Sebelum menaiki bot, kami diminta berkumpul di Jeti Merang. Sementara itu, penulis mengambil peluang menikmati nasi dagang ikan tongkol di kedai berhampiran jeti sebelum bertolak ke Pulau Redang sekitar jam 9 pagi.
Konsep percutian kali ini adalah perkhemahan. Sebaik tiba, kami diminta memasang khemah sendiri.
Bagi kali pertama yang mengikuti program seperti ini, agak sukar untuk mereka memasang khemah dan banyak kejadian lucu berlaku termasuk khemah dipasang terbalik atau runtuh. Mujur ada penganjur membantu mereka.
Selepas memasang khemah, sementara menanti makanan tengah hari siap, kami diberi peluang membuat aktiviti bebas di kawasan sekitar.
Penulis memilih melakukan aktiviti selam snorkel. Kejernihan air membolehkan penulis menikmati keindahan batu karang yang berwarna-warni.
Pada sebelah petang, kami dibawa ke beberapa point snorkeling yang berada tidak jauh daripada tempat kami berkhemah.
Kemudian, kami terus dibawa ke jeti berhampiran untuk menikmati keindahan matahari terbenam.
Pada sebelah malam, penganjur mengadakan sesi perkenalan antara peserta untuk mengeratkan ukhuwah sesama kami.
Pada hari kedua, selepas sarapan, kami bergerak ke Pulau Kerengga Atau lebih dikenali Little Maldives Pulau Redang. Nama Pulau Kerengga diperoleh kerana bentuk pulau yang terbina dari teluk pasir bebentuk sarang kerengga.
Melawat Little Maldives adalah aktiviti wajib sekiranya berkunjung di pulau ini. Untuk ke sini, kami perlu menaiki bot yang disediakan.
Sampai sahaja di Little Maldives, mata jiwa kami ditenangkan dengan pemandangan indah dengan laut terbentang luas di depan mata.
Selesai bergambar, kami diminta terjun dalam laut untuk menyejukkan badan sebelum kembali ke tapak perkhemahan.
Pada sebelah petang, kami ke jeti untuk meneruskan aktiviti bermandi-manda.
Seterusnya pada sebelah malam pula, kami meluangkan masa dengan bermain pelbagai permainan yang disediakan dan paling menarik setiap acara ada hadiah disediakan penganjur.
Pada hari terakhir, sebelum bertolak pulang, kami diminta mengemas semua tinggalan dan sampah-sarap
Banyak kenangan indah tercipta sepanjang tiga hari dua malam bercuti di Pulau Redang ini. Jika diberi peluang, penulis ingin kembali membina kenangan baharu di pulau ini!
Korang boleh booking servis bot dan penginapan di pulau kapas melalui team Kapas Marine yang memang ohsem !
“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”
Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dan penginapan Di Pulau Kapas, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine !