Pulau Redang Daytrip | Kapas Redang Day Trip

Pulau Kapas Trip – Panduan,Tips Aktiviti Day Trip & Bermalam

Anda sedang merancang trip Pulau Kapas dalam masa terdekat atau sewaktu musim cuti nanti?

Jangan risau. Artikel kali ini akan bantu anda untuk menyusun trip Pulau Kapas anda dengan sebaiknya.

Apa yang akan kami kongsikan dalam artikel kali ini adalah dari segi panduan, tips, aktiviti dan juga pemilihan penginapan.

Semua ini berdasarkan pengalaman Kapas Marine  menguruskan percutian ramai pengunjung Pulau Kapas selama ini.

Jom baca!

Tips Trip Pulau Kapas Terengganu

Ada beberapa tips sebenarnya yang kami nak kongsikan dengan anda bagi memastikan percutian anda ke sini lebih baik.

1. Jeti Pulau Kapas di Marang bukan Merang

Untuk ke Pulau Kapas, anda perlu menaiki bot atau feri menerusi Jeti Pulau Kapas.

Dimana terletaknya jeti ini? Di Marang, Terengganu.

Jangan salah taip atau baca maps kerana ada dua daerah di Terengganu yang hanya berbeza sedikit sahaja ejaan dengan Marang iaitu Merang yang menempatkan sebuah lagi jeti ke destinasi popular iaitu Pulau Redang.

Kalau tersilap, memang agak menggangu jadual trip anda sebab kedua-dua lokasi ini sangat jauh di antara satu sama lain.

Perjalanan daripada jeti ke Pulau Kapas pula mengambil masa sekitar 10 minit. 

2. Pastikan ada Life Jacket

Ada juga sebenarnya pengusaha bot yang tidak mengambil berat soal keselamatan dengan tidak memberikan life jacket kepada penumpang.

Perkara ini pernah Menjadi Viral pada tahun 2021 yang lalu yang menjadi perdebatan hangat di media social ! 

Sangat bahaya jika anda pun tidak mengambil berat akan keselamatan anda.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda, sila tukar dan pilih pengusaha bot lain kerana malang tidak berbau.

Tetapi dengan Kapas Marine ,kami jamin anda akan dibekalkan dan wajib untuk memakai life jacket ketika di atas bot dan melakukan aktiviti air !

3. Pilih Musim Yang Sesuai

Normal buat sebarang percutian di pulau-pulau di mana anda perlu memilih waktu atau musim yang sesuai.

Semua ini kerana jika anda datang pada musim yang salah, anda tidak boleh melakukan sebarang aktiviti.

Malah, banyak juga pulau yang menutup operasi pada bulan-bulan tertentu.

Di Pulau Kapas, musim terbaik adalah daripada bulan Februari sehingga Oktober.

Pada ketika ini keadaan di sebelah barat Semenanjung Malaysia mengalami musim Monsoon Barat Daya.

Cuaca pada musim ini adalah lebih panas dan sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti air.

4. Elakkan Musim Tidak Sesuai

Bila pula musim atau waktu yang tidak sesuai untuk berkunjung ke Pulau Kapas?

Daripada bulan November sehingga bulan Januari.

Ada ketikanya tiada masalah untuk anda datang pada bulan-bulan yang disebutkan.

Namun, jika nasib anda tidak baik, anda akan menikmati air hujan,ombak besar, hujan lebat, angin kuat, ribut kencang dan lain-lain.

Anda berkemungkinan langsung tidak dapat untuk melakukan sebarang aktiviti air pada waktu ini,tapi boleh santai di pulau ketika tidak ramai pelancong di pulau !

Apapun, anda tidak perlu risau kerana operasi Pulau Kapas kebiasaannya akan ditangguhkan bermula pada akhir Oktober sehinggalah musim yang sesuai.

Aktiviti Trip Pulau Kapas

Kalau sebut Pulau Kapas, ia memang sangat terkenal dengan berbagai jenis aktiviti air seperti berikut:

1. Snorkeling dan Menyelam di Pulau Kapas

Aktiviti snorkelling dan menyelam skuba merupakan aktiviti yang tidak asing lagi apabila anda bercuti di kawasan pulau.

Pulau Kapas ini juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kelengkapan untuk anda melakukan aktiviti tersebut.

Setiap pengunjung yang pernah menyelam di sini begitu berpuas hati dengan ribuan ikan dan terumbu karang yang menyapa mereka di dasar laut.

Antara spesies hidupan laut yang anda bakal bertemu adalah belut laut,ikan pari, kerang gergasi, sotong, landak laut, gamat dan banyak lagi.

Tambahan pula, jika bernasib baik anda boleh beramah-mesra dengan penyu yang kadang2 muncul diperairan pulau kapas !

2. Melawat Blue Lagoon Pulau Kapas

Ada dua cara untuk sampai ke blue lagoon. Cara yang pertama adalah melalui jalan laut dengan menaiki bot untuk sampai ke blue lagoon.Anda boleh dapatkan tiket untuk ke sana melalui syarikat bot berpengalaman seperti  Kapas Marine  .

Cara kedua adalah dengan melalui jalan darat iaitu jungle trekking merentasi tengah pulau untuk sampai ke sana.Cara ini hanya disyorkan kepada anda yang sudah ada pengalaman meredah hutan tetapi kami lebih syorkan untuk menaiki bot sahaja. Selain ke blue lagoon,anda juga boleh melawat dan melihat sendiri apa yang ada di sekeliling pulau kapas !

3. Berkayak di Pulau Kapas

Percutian di Pulau Kapas bersama rakan-rakan pasti lebih menyeronokkan apabila anda turut melakukan aktiviti kayak. 

Di waktu petang, anda boleh menyewa peralatan untuk berkayak dan mula berkayak di sekitar pulau sambil menikmati pemandangan pantai dan keindahan matahari terbenam.

Untuk lebih mencabar, anda boleh mengadakan pertandingan berkayak dengan rakan-rakan dan pengunjung yang ada.

4. Mendaki Bukit Singa di Pulau Kapas

Jika ke Pulau Kapas anda wajib untuk ke Bukit Singa kerana ia merupakan landmark kepada pulau ini. Ia dikenali Bukit Singa kerana dari sisi bukit ini ia kelihatan seperti kepala singa.

Untuk ke sini anda perlu memakai pakaian yang sesuai kerana perjalanannya yang memerlukan anda untuk mendaki bukit dan kawasan yang berbatu licin.Sekurang-kurangnya memakai kasut atau selipar yang sukar untuk tertanggal !

Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk menikmati pemandangan Pulau Kapas dan merakamkan gambar yang begitu menakjubkan!

5. Jungle trekking Di Pulau Kapas

Anda juga boleh mencuba aktiviti jungle trekking di kawasan hutan Pulau Kapas melalui track yang sudah sedia ada.

Anda boleh meredah hutan ditengah pulau kapas untuk ke tempat-tempat menarik seperti ke Blue Lagoon !

6. Mandi di dalam Gua Batu Kapas

Dah berada di sekitar Bukit Singa, apa kata anda mengajak rakan-rakan untuk mandi-manda di dalam gua yang terletak di belakang Bukit Singa. 

Jika anda inginkan kenangan bercuti yang berbeza, lokasi ini wajib dikunjungi!

Kawasannya tidaklah begitu luas, namun kejernihan air laut yang ditambah tengah tempias cahaya matahari bakal menarik perhatian anda untuk meluangkan waktu untuk berendam di sini.

7. Bersiar-siar di sekitar Pantai Batu Kapas

Di waktu petang semestinya anda inginkan aktiviti yang lebih santai, jadi luangkan masa anda di kawasan tepi pantai.

Anda boleh menyelusuri gigi air atau bersiar-siar di jambatan batu di sekitar pantai pulau kapas.

Aktiviti santai ini bukan sahaja dapat menjamu mata dengan keindahan laut malah dapat memberi kelegaan buat anda yang sudah penat menyelam atau mendaki bukit.

Jika membawa anak-anak, ini merupakan waktu terbaik untuk melepaskan mereka meneroka pasir pantai yang dipenuhi dengan pelbagai cangkerang.

8. Island Hopping Pulau Kapas

Selain itu anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk melakukan aktiviti island hoping atau mengelilingi pulau kapas.

Bagi aktiviti ini anda bakal dibawa ke destinasi shark point iaitu lokasi yang mempunyai ikan jerung yang banyak, melihat kawasan tebing yang berbentuk hati ,melawat gua kelawar dan melawat blue lagoon yang terletak di belakang pulau kapas.

Walaupun destinasi untuk island hoping ini tidak begitu banyak, tetapi ia cukup untuk membuat anda terpesona dengan keajaiban alam ini.

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan panorama Pulau Gemia yang dikenali sebagai pulau mewah di Kuala Terengganu.

9. Melawat Rumah Api Pulau Kapas

Majoriti pengunjung yang bertandang ke pulau begitu teruja dan tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena matahari terbit dan matahari terbenam.

Jika di Pulau Kapas, spot yang terbaik untuk aktiviti ini adalah di Rumah Api.

Anda boleh bertanya arah tentang lokasi ini melalui jurupandu pelancong di sana.

Lokasi ini kurang menjadi bualan para pelancong namun ia cukup berbaloi untuk anda ke sana!

Kesimpulan Pulau Kapas Day Trip

Sebenarnya dengan melakukan daytrip ke Pulau Kapas,korang sudah boleh untuk menawan keseluruhan tempat di Pulau Kapas,lebih-lebih lagi jika ada mengambil pakej Savage iaitu pakej terlengkap untuk trip ke Pulau Kapas melalui team Kapas Marine

Jika korang perlukan bantuan untuk merancang percutian dan aktiviti korang di Pulau Kapas, Kapas Marine bersedia untuk membantu korang untuk menikmati sebuah pengalaman percutian yang sangat best disini.

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dan penginapan Di Pulau Kapas, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine ! 

Exit mobile version