Anda sedang merancang trip Pulau Redang dalam masa terdekat atau sewaktu musim cuti nanti?
Jangan risau. Artikel kali ini akan bantu anda untuk menyusun trip Pulau Redang anda dengan sebaiknya.
Apa yang akan kami kongsikan dalam artikel kali ini adalah dari segi panduan, tips, aktiviti dan juga pemilihan penginapan.
Semua ini berdasarkan pengalaman Kapas Marine menguruskan percutian ramai pengunjung Pulau Redang selama ini.
Jom baca!
Tips Trip Pulau Redang Terengganu
Ada beberapa tips sebenarnya yang kami nak kongsikan dengan anda bagi memastikan percutian anda ke sini lebih baik.
1. Jeti Pulau Redang di Merang bukan Marang
Jeti Marang terletak arah selatan Bandar KT & berada di dalam Daerah Marang yang merupakan jeti untuk ke Pulau Kapas ataupun Pulau Gemia.
Jeti Merang pula adalah jeti untuk ke Pulau Redang, Pulau Perhentian & Pulau Lang Tengah. Dari Merang, pelancong akan menaiki bot laju menyusuri muara Sungai Merang sebelum meredah lautan ke Pulau Redang.
Jangan salah taip atau baca maps kerana ada dua daerah di Terengganu yang hanya berbeza sedikit sahaja ejaan dengan Merang iaitu Marang yang menempatkan sebuah lagi jeti ke destinasi popular iaitu Pulau Kapas.
Kalau tersilap, memang agak menggangu jadual trip anda sebab kedua-dua lokasi ini sangat jauh di antara satu sama lain.
Perjalanan daripada jeti ke Pulau Redang pula mengambil masa sekitar 45 minit.
2. Pastikan ada Life Jacket
Ada juga sebenarnya pengusaha bot yang tidak mengambil berat soal keselamatan dengan tidak memberikan life jacket kepada penumpang.
Perkara ini pernah Menjadi Viral pada tahun 2021 yang lalu yang menjadi perdebatan hangat di media social !
Sangat bahaya jika anda pun tidak mengambil berat akan keselamatan anda.
Jika keadaan ini berlaku kepada anda, sila tukar dan pilih pengusaha bot lain kerana malang tidak berbau.
Tetapi dengan Kapas Marine ,kami jamin anda akan dibekalkan dan wajib untuk memakai life jacket ketika di atas bot dan melakukan aktiviti air !
3. Pilih Musim Yang Sesuai
Normal buat sebarang percutian di pulau-pulau di mana anda perlu memilih waktu atau musim yang sesuai.
Semua ini kerana jika anda datang pada musim yang salah, anda tidak boleh melakukan sebarang aktiviti.
Malah, banyak juga pulau yang menutup operasi pada bulan-bulan tertentu.
Di Pulau Redang, musim terbaik adalah daripada bulan March sehingga Oktober.
Pada ketika ini keadaan di sebelah barat Semenanjung Malaysia mengalami musim Monsoon Barat Daya.
Cuaca pada musim ini adalah lebih panas dan sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti air.
4. Elakkan Musim Tidak Sesuai
Bila pula musim atau waktu yang tidak sesuai untuk berkunjung ke Pulau Redang?
Daripada bulan November sehingga bulan Januari.
Ada ketikanya tiada masalah untuk anda datang pada bulan-bulan yang disebutkan.
Namun, jika nasib anda tidak baik, anda akan menikmati air hujan,ombak besar, hujan lebat, angin kuat, ribut kencang dan lain-lain.
Anda berkemungkinan langsung tidak dapat untuk melakukan sebarang aktiviti air pada waktu ini,tapi boleh santai di pulau ketika tidak ramai pelancong di pulau !
Apapun, anda tidak perlu risau kerana operasi Pulau Redang kebiasaannya akan ditangguhkan bermula pada akhir Oktober sehinggalah musim yang sesuai.
Aktiviti Trip Pulau Redang
Kalau sebut Pulau Redang, ia memang sangat terkenal dengan berbagai jenis aktiviti air seperti berikut:
1. Melihat Penyu di Sekitar Pulau Redang
Hawksbill, Olive Ridley dan Penyu Hijau adalah antara spesis penyu yang boleh dijumpai di Pulau Redang. Musim bertelur bagi penyu hijau adalah dari Mac hingga Disember, Hawksbills adalah dari Januari hingga September dan Mei untuk Olive Ridleys.
Tempat bertelur adalah di Pasir Mak Simpan, Pasir Bujang, Teluk Dalam, Pasir Mak Kepit dan Pasir Chagar Hutang. Seatru (Sea Turtle Research Unit) pula adalah sebuah tempat di mana pengunjung boleh melihat nurseri dan pusat pemeliharaan penyu hijau.
Pengunjung boleh menjadi sukarelawan untuk mengutip telur untuk dieram. Telur penyu disimpan di tempat penetasan sehinggalah anak penyu menetas dan dilepaskan ke laut.
Waktu dan Tarikh yang Sesuai
Musim Bertelur:
Musim bertelur penyu di Pulau Redang biasanya bermula dari bulan Mei hingga September. Ini adalah waktu terbaik untuk merancang lawatan anda jika ingin menyaksikan penyu bertelur.
Masa Terbaik untuk Melihat Penyu:
Penyu biasanya muncul pada waktu malam untuk bertelur, jadi pengunjung disarankan untuk pergi ke pantai selepas matahari terbenam, antara pukul 8 malam hingga 11 malam. Anda mungkin perlu mendaftar dengan pihak resort atau pusat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti melihat penyu.
Lokasi Melihat Penyu
Pasir Chagar Hutang
Pasir Chagar Hutang adalah lokasi utama di Pulau Redang untuk melihat penyu bertelur. Pantai ini mempunyai pasir yang bersih dan tenang, menjadikannya tempat yang ideal bagi penyu untuk meletakkan telur mereka. Selain itu, kawasan ini juga dilindungi oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan penyu dan telur mereka.
Pusat Penyelidikan Penyu
Pusat ini terletak berhampiran Pasir Chagar Hutang dan merupakan tempat di mana pengunjung boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang usaha pemeliharaan penyu. Pusat ini juga sering mengadakan program pendidikan untuk pelancong tentang pentingnya melindungi spesies terancam ini.
2. Scuba Diving Pulau Redang
Pulau Redang adalah sangat hebat bagi penyelam scuba kerana mereka boleh menikmati keindahan terumbu karang dan kehidupan marin yang lain di dalam laut. Penyelam boleh melihat jerung terumbu hitam, sotong, ikan dan banyak lagi.
Kita juga mungkin berjumpa dengan jerung paus dan ikan pari semasa menyelam di dalam laut jika bernasib baik.
Terdapat lebih 20 tempat untuk aktiviti menyelam yang sesuai untuk semua tahap penyelam-penyelam. Redang juga menawarkan lebih 80% spesies yang boleh dijumpai di ‘coral triangle’.
Setiap resort di Pulau Redang mempunyai sekolah menyelam sendiri yang membolehkan kita menamatkan kursus menyelam untuk mendapatkan lesen Air Terbuka. Kos untuk menyelam dari resort ke resort adalah berbeza.
Jangan pergi menyelam atau melawat pulau ini semasa musim monsun Redang kerana kita tidak dibenarkan untuk menyelam.
3. Snorkeling dan Menyelam di Pulau Redang
Pulau Redang memang tidak dinafikan mempunyai banyak destinasi tempat untuk snorkeling & melihat ikan cantik-cantik secara langsung. Kalau anda membawa roti, bolehlah beri terus makan kepada ikan ketika snorkeling di sini.
Kawasan perairan snorkeling di sini juga sangat landai & kebiasaannya kawasan khas untuk snorkeling umumnya terbahagi kepada beberapa jenis, ada lokasi yang cetek & sesuai untuk kanak-kanak & ada juga lokasi snorkeling yang lebih dalam & mempunyai terumbu karang yang lebih cantik.
Pengalaman snorkeling di Pulau Redang melihat ikan-ikan cantik tiada bezanya dengan snorkeling di pulau-pulau top yang lain di Malaysia seperti di Pulau Tioman, yang berbeza hanya jenis ikan & landskap struktur terumbu batu karang.
4. Melihat Matahari Terbenam di Pulau Redang
Matahari terbenam adalah antara yang terbaik di Pulau Redang kerana ia memberikan ketenangan jiwa dan merehatkan minda.
Yang paling menarik di pulau ini adalah, cuaca yang terang dan aura cahaya matahari yang mampu merehatkan jiwa yang tertekan.
Pulau Kecil ini biasanya cerah sepanjang hari tetapi suasana paginya adalah paling cantik.
Pada waktu pagi, kita boleh melihat awan yang menyelubungi dan matahari mengintai di celahan awan dan burung liar pulau menyanyi dalam suasana pagi yang mengasyikkan.
Pemandangan saja tidak cukup. Udaranya segar dan angin sejuk meniup dan matahari memanaskan badan.
Untuk melihat pemandangan matahari terbit terbaik di Pulau Redang, pengunjung boleh bangun pada pukul 4 hingga 5 pagi. Pergilah ke timur dan rasai pengalaman yang takkan dilupakan seumur hidup.
5. Berenang di Pantai Pasir Panjang (Long Beach)
Pantai pasir panjang merupakan salah satu kawasan pantai yang paling popular di Pulau Redang kerana mempunyai air ombak yang sangat jernih membiru & permukaan yang landai. Kawasannnya yang agak berteluk membuatkan suasana mandi manda di sini seolah-olah seperti di sebuah lagun buatan.
Walaupun anda mandi di sini pada waktu tengahari ketika matahari terik di atas kepala, sebaik anda ke kawasan air yang lebih dalam sekitar paras pinggang air laut terasa sangat sejuk seperti mandi di air terjun.
Pasir pantai di sini memang sangat putih & gebu ditambah pula air laut yang sangat-sangat jernih pasti memberikan anda satu pengalaman mandi manda yang tidak dapat dilupakan. Tidak hairanlah begitu banyak resort-resort & penginapan yang ada di sekitar Pantai Pasir Panjang.
Pantai ini sangat sesuai untuk bersuka ria bersama keluarga, kanak kanak pasti suka air yang bersih dan pelbagai jenis ikan yang berenang di sisiran pantai yang berdekatan.
6. Jungle trekking
Menerokai trek yang ada di Pulau Redang adalah salah cara untuk melihat flora dan fauna yang ada. Beberapa spesies yang ada disini juga adalah spesies yang jarang ditemui.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang spesies tersebut anda disarankan untuk menggunakan servis ‘guides’. Beberapa trek yang disediakan disini adalah sesuai untuk mereka yang baru pertama kali ingin mencuba jungle trekking.
7. Manjakan diri di Spa Resort Redang
Terdapat banyak resort pantai mewah di Redang yang menawarkan kita pelbagai jenis urutan yang menenangkan dan menghilangkan tekanan.
2 spa yang paling popular yang menarik hati ramai pelancong adalah di Taaras Beach and Spa Resort dan Sari Pacifica Resort and Spa . Banyak urutan yang menenangkan tersedia untuk membantu mengurangkan tekanan dan merehatkan badan.
Kita juga boleh memanjakan pasangan dengan menempah pakej spa.
Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan sesuai dengan spa yang berkualiti tinggi yang menyebabkan spa adalah salah satu perkara yang sangat disyorkan di Pulau Redang.
8. Meneroka Pulau Redang semasa trekking
Pulau Redang menawarkan diversiti hidupan yang besar. Terdapat banyak haiwan dan pokok yang jarang ditemui di pulau ini.
Ia boleh diamati melalui aktiviti berjalan kaki di kawasan pulau. Pelancong yang suka berjalan kaki dan mendaki harus mencubanya.
Jalan kampung dan trekking Pasir Panjang adalah yang paling mudah untuk mereka yang ingin melihat kepelbagaian haiwan dan tumbuhan yang ada di pulau ini.
Kita boleh membuat perjalanan pendek dengan selipar sahaja dan terus boleh melihat haiwan domestik dan biawak komodo.
Satu lagi jalan dari Pasir Panjang ke Teluk Dalam yang sejauh 2km juga boleh diharungi dengan selipar biasa sahaja. Ada juga sedikit kawasan yang berbukit semasa trekking tapi ia memberikan panorama fauna yang lebih indah.
9. Berkayak Di Sekitar Pulau Redang
Di Pulau Redang juga anda boleh mencuba aktiviti berkayak. Laut yang biru dan jernih pasti akan membuatkan pengalaman berkayak di pulau ini berharga. Anda boleh menyewa peralatan kayak daripada kedai yang ada di sekitar pantai ataupun dari hotel. Terokai pulau ini dari perspektif yang berbeza dengan berkayak.
Kesimpulan Pulau Redang Day Trip
Sebenarnya dengan melakukan daytrip ke Pulau Redang,korang sebenarnya sudah melawat hampir keseluruhan tempat di Pulau Redang,lebih-lebih lagi jika anda mengambil pakej melalui team kami iaitu pakej terlengkap untuk trip ke Pulau Redang melalui team Kapas Marine.
Jika korang perlukan bantuan untuk merancang percutian dan aktiviti korang di Pulau Redang, Kapas Marine bersedia untuk membantu korang untuk menikmati sebuah pengalaman percutian yang sangat best disini.
“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Redang Terbaik?”
Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Redang dan penginapan Di Pulau Redang, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine !