Pulau Redang merupakan salah satu pulau di Terengganu & di Malaysia yang sangat popular untuk mereka yang nak bercuti di pulau yang cantik.
Memandangkan percutian di Pulau Redang adalah satu akvtiviti yang popular, maka memang banyak pakej-pakej percutian yang menarik untuk anda pilih samaada untuk sehari atau bermalam di resort-resort sekitar Pulau Redang.
Pengalaman bercuti di Pulau Redang memang sangat best & destinasi sebegini memang sangat ideal untuk anda jadikan sebagai tempat untuk bercuti mencari ketenangan ataupun sebagai destinasi percutian berbulan madu anda.
Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Redang, anda boleh baca aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di bawah serta beberapa tempat yang best di Redang yang mesti anda lawati.
Pembangunan dan pusat pelancongan di pulau ini juga semakin membangun secara tidak langsung menjadi tarikan ramai pelancong tempatan termasuklah luar negara.
Sejajar dengan sektor pelancongan yang bertambah baik banyak resort dan villa telah dibangunkan berhampiran pantai sebagai tempat penginapan untuk para pelancong supaya anda boleh menikmati pemandangan laut dari tempat penginapan anda.
Kalau bercuti pasti anda inginkan penginapan yang terbaik agar percutian anda lebih selesa dan bermakna. Jom lihat senarai penginapan di Pulau Redang yang kami sediakan untuk anda.
1. Snorkeling dan Menyelam di Pulau Redang
Pulau Redang memang tidak dinafikan mempunyai banyak destinasi tempat untuk snorkeling & melihat ikan cantik-cantik secara langsung. Kalau anda membawa roti, bolehlah beri terus makan kepada ikan ketika snorkeling di sini.
Kawasan perairan snorkeling di sini juga sangat landai & kebiasaannya kawasan khas untuk snorkeling umumnya terbahagi kepada beberapa jenis, ada lokasi yang cetek & sesuai untuk kanak-kanak & ada juga lokasi snorkeling yang lebih dalam & mempunyai terumbu karang yang lebih cantik. Pengalaman snorkeling di Pulau Redang melihat ikan-ikan cantik tiada bezanya dengan snorkeling di pulau-pulau top yang lain di Malaysia seperti di Pulau Tioman, yang berbeza hanya jenis ikan & landskap struktur terumbu batu karang.
2. Scuba Diving Pulau Redang
Pulau Redang adalah sangat hebat bagi penyelam scuba kerana mereka boleh menikmati keindahan terumbu karang dan kehidupan marin yang lain di dalam laut. Penyelam boleh melihat jerung terumbu hitam, sotong, ikan dan banyak lagi.
Kita juga mungkin berjumpa dengan jerung paus dan ikan pari semasa menyelam di dalam laut jika bernasib baik.
Terdapat lebih 20 tempat untuk aktiviti menyelam yang sesuai untuk semua tahap penyelam-penyelam. Redang juga menawarkan lebih 80% spesies yang boleh dijumpai di ‘coral triangle’.
Setiap resort di Pulau Redang mempunyai sekolah menyelam sendiri yang membolehkan kita menamatkan kursus menyelam untuk mendapatkan lesen Air Terbuka. Kos untuk menyelam dari resort ke resort adalah berbeza.
Jangan pergi menyelam atau melawat pulau ini semasa musim monsun Redang kerana kita tidak dibenarkan untuk menyelam.
3. Melihat Penyu di Sekitar Pulau Redang
Hawksbill, Olive Ridley dan Penyu Hijau adalah antara spesis penyu yang boleh dijumpai di Pulau Redang. Musim bertelur bagi penyu hijau adalah dari Mac hingga Disember, Hawksbills adalah dari Januari hingga September dan Mei untuk Olive Ridleys.
Tempat bertelur adalah di Pasir Mak Simpan, Pasir Bujang, Teluk Dalam, Pasir Mak Kepit dan Pasir Chagar Hutang. Seatru (Sea Turtle Research Unit) pula adalah sebuah tempat di mana pengunjung boleh melihat nurseri dan pusat pemeliharaan penyu hijau.
Pengunjung boleh menjadi sukarelawan untuk mengutip telur untuk dieram. Telur penyu disimpan di tempat penetasan sehinggalah anak penyu menetas dan dilepaskan ke laut.
Waktu dan Tarikh yang Sesuai
Musim Bertelur:
Musim bertelur penyu di Pulau Redang biasanya bermula dari bulan Mei hingga September. Ini adalah waktu terbaik untuk merancang lawatan anda jika ingin menyaksikan penyu bertelur.
Masa Terbaik untuk Melihat Penyu:
Penyu biasanya muncul pada waktu malam untuk bertelur, jadi pengunjung disarankan untuk pergi ke pantai selepas matahari terbenam, antara pukul 8 malam hingga 11 malam. Anda mungkin perlu mendaftar dengan pihak resort atau pusat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti melihat penyu.
Lokasi Melihat Penyu
Pasir Chagar Hutang
Pasir Chagar Hutang adalah lokasi utama di Pulau Redang untuk melihat penyu bertelur. Pantai ini mempunyai pasir yang bersih dan tenang, menjadikannya tempat yang ideal bagi penyu untuk meletakkan telur mereka. Selain itu, kawasan ini juga dilindungi oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan penyu dan telur mereka.
Pusat Penyelidikan Penyu
Pusat ini terletak berhampiran Pasir Chagar Hutang dan merupakan tempat di mana pengunjung boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang usaha pemeliharaan penyu. Pusat ini juga sering mengadakan program pendidikan untuk pelancong tentang pentingnya melindungi spesies terancam ini.
4. Berenang di Pantai Pasir Panjang (Long Beach)
Pantai pasir panjang merupakan salah satu kawasan pantai yang paling popular di Pulau Redang kerana mempunyai air ombak yang sangat jernih membiru & permukaan yang landai. Kawasannnya yang agak berteluk membuatkan suasana mandi manda di sini seolah-olah seperti di sebuah lagun buatan.
Walaupun anda mandi di sini pada waktu tengahari ketika matahari terik di atas kepala, sebaik anda ke kawasan air yang lebih dalam sekitar paras pinggang air laut terasa sangat sejuk seperti mandi di air terjun.
Pasir pantai di sini memang sangat putih & gebu ditambah pula air laut yang sangat-sangat jernih pasti memberikan anda satu pengalaman mandi manda yang tidak dapat dilupakan. Tidak hairanlah begitu banyak resort-resort & penginapan yang ada di sekitar Pantai Pasir Panjang.
Pantai ini sangat sesuai untuk bersuka ria bersama keluarga, kanak kanak pasti suka air yang bersih dan pelbagai jenis ikan yang berenang di sisiran pantai yang berdekatan.
5. Melihat Matahari Terbenam di Pulau Redang
Matahari terbenam adalah antara yang terbaik di Pulau Redang kerana ia memberikan ketenangan jiwa dan merehatkan minda.
Yang paling menarik di pulau ini adalah, cuaca yang terang dan aura cahaya matahari yang mampu merehatkan jiwa yang tertekan.
Pulau Kecil ini biasanya cerah sepanjang hari tetapi suasana paginya adalah paling cantik.
Pada waktu pagi, kita boleh melihat awan yang menyelubungi dan matahari mengintai di celahan awan dan burung liar pulau menyanyi dalam suasana pagi yang mengasyikkan.
Pemandangan saja tidak cukup. Udaranya segar dan angin sejuk meniup dan matahari memanaskan badan.
Untuk melihat pemandangan matahari terbit terbaik di Pulau Redang, pengunjung boleh bangun pada pukul 4 hingga 5 pagi. Pergilah ke timur dan rasai pengalaman yang takkan dilupakan seumur hidup.
6. Meneroka Pulau Redang semasa trekking
Pulau Redang menawarkan diversiti hidupan yang besar. Terdapat banyak haiwan dan pokok yang jarang ditemui di pulau ini.
Ia boleh diamati melalui aktiviti berjalan kaki di kawasan pulau. Pelancong yang suka berjalan kaki dan mendaki harus mencubanya.
Jalan kampung dan trekking Pasir Panjang adalah yang paling mudah untuk mereka yang ingin melihat kepelbagaian haiwan dan tumbuhan yang ada di pulau ini.
Kita boleh membuat perjalanan pendek dengan selipar sahaja dan terus boleh melihat haiwan domestik dan biawak komodo.
Satu lagi jalan dari Pasir Panjang ke Teluk Dalam yang sejauh 2km juga boleh diharungi dengan selipar biasa sahaja. Ada juga sedikit kawasan yang berbukit semasa trekking tapi ia memberikan panorama fauna yang lebih indah.
7. Jungle trekking
Menerokai trek yang ada di Pulau Redang adalah salah cara untuk melihat flora dan fauna yang ada. Beberapa spesies yang ada disini juga adalah spesies yang jarang ditemui.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang spesies tersebut anda disarankan untuk menggunakan servis ‘guides’. Beberapa trek yang disediakan disini adalah sesuai untuk mereka yang baru pertama kali ingin mencuba jungle trekking.
8. Manjakan diri di Spa Resort Redang
Terdapat banyak resort pantai mewah di Redang yang menawarkan kita pelbagai jenis urutan yang menenangkan dan menghilangkan tekanan.
2 spa yang paling popular yang menarik hati ramai pelancong adalah di Taaras Beach and Spa Resort dan Sari Pacifica Resort and Spa . Banyak urutan yang menenangkan tersedia untuk membantu mengurangkan tekanan dan merehatkan badan.
Kita juga boleh memanjakan pasangan dengan menempah pakej spa.
Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan sesuai dengan spa yang berkualiti tinggi yang menyebabkan spa adalah salah satu perkara yang sangat disyorkan di Pulau Redang.
9. Melawat Taman Marin untuk melihat pelbagai jenis hidupan laut
Taman Marin ini di selenggara oleh kerajaan Malaysia sendiri dan juga berfungsi sebagai pusat kajian. Taman ini merupakan salah satu tarikan yang tidak boleh dilupakan jika anda melawat ke Pulau Redang. Taman ini juga menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti snorkelling. Jika anda ke sini, jangan lupa untuk membawa roti. Apabila anda melemparkan roti ke dalam air, pelbagai jenis akan datang mengelilingi anda.
10. Berkayak Di Sekitar Pulau Redang
Di Pulau Redang juga anda boleh mencuba aktiviti berkayak. Laut yang biru dan jernih pasti akan membuatkan pengalaman berkayak di pulau ini berharga. Anda boleh menyewa peralatan kayak daripada kedai yang ada di sekitar pantai ataupun dari hotel. Terokai pulau ini dari perspektif yang berbeza dengan berkayak.
Tempat Penginapan Dan Resort di Pulau Redang
Pulau Redang menawarkan resort mewah yang mengikuti standard antarabangsa. Kebanyakan resort mempunyai restorannya sendiri.
Tapi, kita boleh menjumpai beberapa restoran persendirian di pulau ini. Anda boleh dapatkan senarai resort dan chalet Pulau Redang disini.
Antaranya adalah:
- Laguna Redang Island Resort
- Redang Beach Resort
- The Taaras Beach and Spa Resort
- Redang Bay
- Redang Reef
- Redang Lagoon Resort
- Redang Pelangi Resort
- Redang Mutiara Beach Resort
- Redang Island Resort
- Sari Pacifica
- Redang Holiday Beach Resort
- Redang Delima
Penginapan yang ditawarkan juga cukup dengan hospitaliti dan kemudahan yang disediakan untuk anda, seperti bilik berpendingin hawa, Wi-Fi, air panas di bilik air dan tempat untuk beriadah sesama sendiri. Manakala, bilik yang ditawarkan untuk anda pilih terdiri daripada Twin, Triple dan Quad. Tidak lupa juga didatangkan sekali dengan perkhidmatan makanan untuk 4 kali iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam dan semuanya boleh ditempah melalui Redang Marine .
Cara ke Pulau Redang
Sebenarnya kalau anda ingin ke Pulau Redang, ada beberapa jeti di Terengganu yang menyediakan perkhidmatan bot laju & feri yang boleh anda naik.
Jeti Taman Tamadun Islam KT – Jeti Taman Tamadun Islam adalah lokasi untuk anda mencari tiket feri ke Pulau Redang. Masa perjalanan dari Jeti Taman Tamadun Islam ke Pulau Redang mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam bergantung kepada keadaan laut.
Walaupun feri ini agak besar namun kalau anda seorang yang mabuk laut, disarankan untuk siap-siapkan apa yang patut seperti pil mabuk laut atau plastik. Sebaik sampai berdekatan dengan Pulau Redang, pelancong akan naik bot transit yang akan membawa ke lokasi penginapan masing-masing.
Jeti Merang / Penarik – Jeti kedua yang boleh anda naik bot adalah di Jeti Merang yang terletak kira-kira 40 km ke utara Bandar Kuala Terengganu. Kalau memandu dari KT, makan masa lebih kurang 30-40 minit melalui Jalan Pantai/ Jalan Penarik. Banyak yang keliru antara Jeti Merang & Jeti Marang.
Jeti Marang terletak arah selatan Bandar KT & berada di dalam Daerah Marang yang merupakan jeti untuk ke Pulau Kapas ataupun Pulau Gemia. Jeti Merang pula adalah jeti untuk ke Pulau Redang, Pulau Perhentian & Pulau Lang Tengah. Dari Merang, pelancong akan menaiki bot laju menyusuri muara Sungai Merang sebelum meredah lautan ke Pulau Redang.
“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Redang Terbaik?”
Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Redang dan penginapan Di Pulau Redang, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Redang Marine !