Pulau Redang Daytrip | Redang Island Day Trip

PERCUTIAN PULAU REDANG, TERENGGANU: PANDUAN PELANCONG TERKINI (WAKTU TERBAIK MELANCONG)

Adakah tempat-tempat menarik di Pulau Redang berbaloi untuk dilawati atau adakah aktiviti di pulau ini menyeronokkan?

Berapa ramai yang gemar untuk menjadikan pulau Redang sebagai destinasi percutian pilihan anda tanpa rasa bosan? Kenapa pulau ini yang menjadi pilihan pelancong?

Antara kelebihan menjadikan pulau ini sebagai destinasi pelancongan adalah kerana pulau Redang memberikan suasana yang berbeza jika anda bandingkan dengan percutian di kawasan-kawasan bandar.

Keinginan diri lari dari kesibukan kota raya dan pencemaran menguatkan lagi keputusan itu.

Di pulau Redang, anda akan merasakan diri anda lebih dekat dengan alam dan jauh daripada keserabutan dan kesibukan kerja harian.

Pulau ini juga membolehkan anda menikmati berbagai pemandangan dan keindahan alam semulajadi seperti melihat suasana matahari terbenam, kebiruan dan kejerihan air laut serta menikmati udara segar angin pantai.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di Pulau Redang

1. Snorkeling

Pulau Redang dikenali kerana menawarkan air yang sangat jernih untuk snorkeling dan kebanyakan pengunjung menyukai pulau ini kerana terumbu karangnya yang masih terpelihara dalam habitat asal kehidupan laut.

Kalau bernasib baik, kita juga boleh melihat anak jerung dan anak penyu sepanjang trip snorkeling yang biasanya tidak menelan kos yang terlalu tinggi. Boleh dapat dengan kadar yang agak murah dan berpatutan.

Harga biasa untuk trip snorkeling di Redang adalah RM100 termasuk gear asas, tetapi kalau peralatan tambahan diperlukan, penyelam akan dikenakan bayaran tambahan.

Kebanyakan kawasan di sekeliling pulau tidak begitu dalam tetapi kawasan berdekatan dengan Pulau Penyu agak dalam dan memerlukan sirip untuk snorkeling.

Terdapat trip dengan bot dan feri yang boleh membawa kita sehingga satu sudut di pulau itu untuk melihat kehidupan marin.

Semasa snokeling, pastikan untuk keluar dari air pada masa yang betul pada waktu malam kerana kalau paras air sudah tinggi dan ombak semakin kuat, akan makin sukar untuk berenang.

Apa-apa pun, snorkeling adalah aktiviti wajib-cuba dan sangat disyorkan di Pulau Redang.

2. Menyelam Scuba Di Pulau Redang

Menyelam skuba di Redang adalah satu lagi aktiviti yang disyorkan untuk dilakukan di pulau ini.

Pulau Redang mempunyai banyak kawasan menyelam seperti Tanjung Lang dan Tanjung Tokong yang merupakan antara kawasan menyelam paling popular di dunia.

Setiap sesi menyelam biasanya menelan kos sebanyak RM90 dan gear tambahan yang diperlukan akan dicaj mengikut keperluan dan kegunaannya semasa aktiviti menyelam.

Aktiviti fotografi dalam air adalah sangat biasa di Pulau Redang. Banyak kedai menyewakan camera dengan bayaran RM30 untuk sehari kepada para pelancong yang ingin mengambil gambar.

3. Melihat penyu Di Pulau Redang

Melihat penyu adalah satu aktiviti yang sangat biasa dilakukan oleh para pelancong yang bercuti di Pulau Redang.

Pasir Chagar Hutang adalah kawasan utama di Pulau Redang yang didatangi oleh penyu untuk mengawan dan bertelur.

Pantai ini tiada batasan dan biasanya, kalau pengunjung bersnorkeling di dalam air, kita boleh melihat kelibat penyu.

Penyu hijau adalah antara yang biasa datang ke Pulau Redang dan pusat penyelidikan yang terletak di Pulau Redang menyatakan yang mereka datang dari pelbagai negara seperti Indonesia dan Filipina untuk bertelur.

Para pengunjung boleh membantu secara sukarela di pusat penyelidikan penyu dan belajar lebih lagi tentangnya melalui kerja penyelidikan.

Masa Terbaik untuk Melihat Penyu:
Penyu biasanya muncul pada waktu malam untuk bertelur, jadi pengunjung disarankan untuk pergi ke pantai selepas matahari terbenam, antara pukul 8 malam hingga 11 malam. Anda mungkin perlu mendaftar dengan pihak resort atau pusat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti melihat penyu.

4. Berenang di Pantai Pasir Panjang (Long Beach)

Pantai pasir panjang merupakan salah satu kawasan pantai yang paling popular di Pulau Redang kerana mempunyai air ombak yang sangat jernih membiru & permukaan yang landai. Kawasannnya yang agak berteluk membuatkan suasana mandi manda di sini seolah-olah seperti di sebuah lagun buatan.

Walaupun anda mandi di sini pada waktu tengahari ketika matahari terik di atas kepala, sebaik anda ke kawasan air yang lebih dalam sekitar paras pinggang air laut terasa sangat sejuk seperti mandi di air terjun.

Pasir pantai di sini memang sangat putih & gebu ditambah pula air laut yang sangat-sangat jernih pasti memberikan anda satu pengalaman mandi manda yang tidak dapat dilupakan. Tidak hairanlah begitu banyak resort-resort & penginapan yang ada di sekitar Pantai Pasir Panjang.

Pantai ini sangat sesuai untuk bersuka ria bersama keluarga, kanak kanak pasti suka air yang bersih dan pelbagai jenis ikan yang berenang di sisiran pantai yang berdekatan.

Waktu Terbaik untuk Melawat Pulau Redang

Hujan monsun bermula pada akhir Oktober hingga permulaan bulan Feb di Pulau Redang. Kebanyakan resort akan ditutup dari bulan September dan pada penghujung Oktober, semuanya akan bercuti sepanjang musim monsoon.

Musim pelancongan di Pulau Redang bermula pada bulan Mac. Masa terbaik untuk melawat Redang, adalah dalam bulan Jun hingga Ogos.

Apabila cuaca dalam keadaan yang baik, dengan laut tenang, pulau ini menawarkan peluang keemasan untuk menyelam dan snorkeling.

Cara untuk Pergi ke Redang

Satu-satunya cara untuk sampai ke pulau ini adalah dengan menaiki bot yang tersedia oleh pengusaha bot di pulau Redang, salah satu pengusaha bot utama di pulau redang ialah Redang Marine Boat Service Perjalanan dari Jeti Merang mengambil masa 45 minit sahaja. Menaiki bot ke Pulau Redang berbaloi kerana pulau ini mempunyai air yang jernih dan pantai pasir putih yang cantik. Jika anda memandu ke jeti, jangan risau untuk mencari tempat letak kereta. Terdapat banyak tempat letak kereta tersedia pada harga RM7 sahaja sehari.

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Redang Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Redang dan penginapan Di Pulau Redang, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Redang Marine ! 

Exit mobile version