PULAU KAPAS DAY TRIP – 9 AKTIVITI BEST BOLEH DILAKUKAN

Entry kali ini, kami akan kongsikan segalanya yang korang perlu tahu untuk merancang daytrip ke Pulau Kapas korang sendiri. 

Biasanya, day trip ni merujuk kepada aktiviti yang korang boleh terus lakukan dalam sehari samada bermalam atau balik hari di sesebuah kawasan.

Cuma, bagi kami korang wajib merancang perjalanan dan agak rugi sekiranya korang tidak merancang untuk setidak-tidaknya bermalam semalaman atau daytrip disini terutamanya jika korang datang bersama-sama pasangan atau rakan-rakan korang.

Apapun, jangan risau. jika korang merancang trip ke pulau kapas bersama Kapas Marine ,kami akan pastikan korang mendapat pengalaman terbaik disini !

Pulau Kapas Day Trip – Jarak dan Lokasi

Pulau Kapas salah satu lokasi percutian popular di Malaysia yang terletak hanya enam kilometer sahaja daripada daratan negeri Terengganu jika korang datang ke sini melalui jeti Marang dengan menaiki bot.

Pulau di Laut Cina Selatan ini yang terletak di dalam daerah Marang, Terengganu ini mengambil masa sekitar 30 minit jika korang menaiki bot enjin dalam yang biasa. Sebaliknya, korang boleh menjimatkan perjalanan korang dan sampai sekitar 10 minit sahaja dengan bot laju.

Ia juga tidak jauh dengan Kuala Terengganu. Daripada jeti Marang ke Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu, ia hanya mengambil masa sekitar 25 minit sahaja.

Sebab itulah ramai yang memilih untuk melakukan daytrip ke Pulau Kapas kerana ia tidak jauh dari Kuala Terengganu dan mereka boleh memilih untuk bermalam di sana berbanding di Pulau Kapas.

Kebiasaannya, mereka yang memilih day trip ini kerana mereka datang hanya semata-mata untuk aktiviti snorkeling atau short healing sahaja disini.

Jom lihat apa lagi aktiviti lain yang korang boleh lakukan disini !

9 Aktiviti Untuk Daytrip Pulau Kapas

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang korang boleh lakukan di Pulau Kapas. Jika korang ingin lakukan kesemua ini dalam jadual short trip korang, boleh je. Tapi agak rushing dan sedikit penat untuk korang.

Ini kerana Pulau Kapas sedikit berbeza berbanding pulau lain disebabkan oleh beberapa kawasan yang ada disini yang memberikan pilihan aktiviti yang banyak buat para pengunjung yang tiada di pulau lain seperti mendaki Bukit Singa !

Ada banyak aktiviti yang korang boleh lakukan disini. Antaranya:

1. Snorkeling dan Scuba Diving 

Pulau Kapas merupakan di antara lokasi yang popular untuk aktiviti ini di yang Malaysia. Bukan peminat aktiviti ini dari dalam negara sahaja yang datang. Ramai juga yang datang dari luar negara.

Disini, ada beberapa lokasi untuk korang melakukan snorkeling dan scuba diving. Kapas Marine menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk korang melakukan aktiviti tersebut.

Ditambah pula dengan kejernihan air lautnya dan variasi hidupan laut yang ada seperti terumbu karang, pelbagai spesis ikan, belut laut, sotong besar, landak laut, kerang besar dan macam-macam lagi menjaminkan sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

Setiap pengunjung yang pernah menyelam di sini begitu berpuas hati dengan ribuan ikan dan terumbu karang yang menyapa mereka di dasar laut.

Tambahan pula, jika bernasib baik korang boleh beramah-mesra dengan penyu yang kadang2 muncul diperairan pulau kapas !

2. Mendaki Bukit Singa

Inilah salah satu keunikan pulau kapas,walaupun di pulau tapi masih dapat lakukan aktiviti hiking. Itulah apa yang ditawarkan di Pulau Kapas ini di mana korang boleh mendaki Bukit Singa !

Bukit Singa diberikan nama sedemikian kerana jika dilihat dari bahagian sisi, ia kelihatan seperti kepala seekor singa. Ia telah menjadi salah satu daripada mercu tanda Pulau Kapas.

Untuk melakukan aktiviti hiking, kami sarankan korang untuk memakai pakaian yang sesuai sekurangnya memakai selipar atau kasut yang sukar tercabut dari kaki. Hal ini kerana terdapat banyak permukaan dan juga batu yang agak licin dan tajam.

Menariknya di puncak Bukit Singa ini adalah, korang mampu untuk melihat keindahan Pulau Kapas dari sudut yang berbeza. Korang pasti akan terpukau dengan pemandangan pulau dan lautan yang luas terbentang dari puncak bukit ini. Sangat sesuai untuk aktiviti daytrip Pulau Kapas korang.

3. Melawat Blue Lagoon Pulau Kapas

Ada dua cara untuk sampai ke blue lagoon. Cara yang pertama adalah melalui jalan laut dengan menaiki bot untuk sampai ke blue lagoon.Korang boleh dapatkan tiket untuk ke sana melalui syarikat bot berpengalaman seperti  Kapas Marine  .

Cara kedua adalah dengan melalui jalan darat iaitu jungle trekking merentasi tengah pulau untuk sampai ke sana.Cara ini hanya disyorkan kepada korang yang sudah ada pengalaman meredah hutan tetapi kami lebih syorkan untuk menaiki bot sahaja. Selain ke blue lagoon,korang juga boleh melawat dan melihat sendiri apa yang ada di sekeliling pulau kapas !

4. Berkayak di Pulau Kapas

Jika korang datang ke Pulau Kapas bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan, kami sangat sarankan korang untuk tidak melepaskan peluang untuk berkayak di sekitar pulau ini.

Suka untuk kami cadangkan untuk korang melakukan aktiviti berkayak ini pada waktu petang. Disini ada disediakan segala kemudahan untuk berkayak menerusi kadar sewaan yang berpatutan.

Kenapa kami cadangkan waktu petang? Selepas penat berkayak mengelilingi pulau dan menikmati keindahan pantai, korang boleh mendapatkan pengalaman melihat matahari terbenam dari atas kayak korang.

Korang boleh cuba untuk explore perairan pulau kapas dengan lebih jauh dan menarik !

5. Pulau Kapas Day Trip – Island Hopping (Pusing Pulau)

Selain itu korang boleh mendapatkan perkhidmatan bot Kapas Marine untuk melakukan aktiviti island hoping atau mengelilingi pulau kapas.

Bagi aktiviti ini korang bakal dibawa ke destinasi shark point iaitu lokasi yang mempunyai ikan jerung yang banyak, melihat kawasan tebing yang berbentuk hati ,melawat gua kelawar dan melawat blue lagoon yang terletak di belakang pulau kapas.

Walaupun destinasi untuk island hoping ini tidak begitu banyak, tetapi ia cukup untuk membuat korang terpesona dengan keajaiban alam ini.

Korang juga berpeluang untuk menyaksikan panorama Pulau Gemia yang dikenali sebagai pulau mewah di Kuala Terengganu.

6. Jungle Trekking Pulau Kapas

Korang juga boleh mencuba aktiviti jungle trekking di kawasan hutan Pulau Kapas melalui track yang sudah sedia ada.

Korang boleh meredah hutan ditengah pulau kapas untuk ke tempat-tempat menarik seperti ke Blue Lagoon !

7. Melawat Rumah Api Di Pulau Kapas

Majoriti pengunjung yang bertandang ke pulau begitu teruja dan tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena matahari terbit dan matahari terbenam.

Jika di Pulau Kapas, spot yang terbaik untuk aktiviti ini adalah di Rumah Api.

Korang boleh bertanya arah tentang lokasi ini melalui jurupandu pelancong di sana.

Lokasi ini kurang menjadi bualan para pelancong namun ia cukup berbaloi untuk korang ke sana!

8. Mandi di Gua Batu Kapas

Sesuai juga untuk korang masukkan ke dalam aktiviti day trip korang. Apabila korang dah sampai di sekitar kawasan Bukit Singa, apa kata jika korang terus mandi-manda di dalam gua yang terletak di bahagian belakang bukit ini. Ia pasti akan menjadi satu memori dan pengalaman percutian yang sangat istimewa buat korang.

Kawasan ini tidak terlalu luas. Namun, apa yang menjadi tarikan disini adalah kejernihan air lautnya ditambah pula dengan keindahan pantulan cahaya matahari akan memberikan fenomena yang menarik disini.

9. Bersiar-siar di Pantai Batu Kapas

Di waktu petang semestinya korang inginkan aktiviti yang lebih santai, jadi luangkan masa korang di kawasan tepi pantai.

Korang boleh menyelusuri gigi air atau bersiar-siar di jambatan batu di sekitar pantai pulau kapas.

Aktiviti santai ini bukan sahaja dapat menjamu mata dengan keindahan laut malah dapat memberi kelegaan buat korang yang sudah penat menyelam atau mendaki bukit.

Jika membawa anak-anak, ini merupakan waktu terbaik untuk melepaskan mereka meneroka pasir pantai yang dipenuhi dengan pelbagai cangkerang.

Kesimpulan Pulau Kapas Day Trip

Sebenarnya dengan melakukan daytrip ke Pulau Kapas,korang sudah boleh untuk menawan keseluruhan tempat di Pulau Kapas,lebih-lebih lagi jika ada mengambil pakej Savage iaitu pakej terlengkap untuk trip ke Pulau Kapas melalui team Kapas Marine

Jika korang perlukan bantuan untuk merancang percutian dan aktiviti korang di Pulau Kapas, Kapas Marine bersedia untuk membantu korang untuk menikmati sebuah pengalaman percutian yang sangat best disini.

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dan penginapan Di Pulau Kapas, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine !