10 PANDUAN & AKTIVITI MENARIK DI PULAU KAPAS 2024 [PAKEJ PULAU KAPAS & PULAU KAPAS DAY TRIP]

Pulau Kapas yang sangat menarik, namanya seindah maksudnya membawakan anda desiran pantai memutih dek kapas. Adakah berbaloi bercuti di Pulau Kapas?

Pulau Kapas adalah tempat persembunyian suasana tropika yang santai hanya 6.5 kilometer dari tanah besar Terengganu. Melalui jeti Marang dengan menaiki bot laju anda bakal dikejutkan dengan keindahannya.

Pulau ini bukan sahaja menjadi destinasi pelancong dari dalam negara, bahkan pelancong asing turut sama datang untuk menikmati percutian pulau yang pencil ini.

Semua pantai dan penginapan terletak di sebelah barat pulau yang menghadap ke tanah besar. Anda boleh melakukan perjalanan singkat ke hutan dengan merentasi bukit rendah di pulau Kapas ke pantai sebelah timur untuk melihat matahari terbit yang mengamit memori.

Laut biru berwarna pirus ‘turquoise’ di sini mengandungi banyak batu, beberapa tompok karang dan beberapa bangkai kapal yang karam termasuk dari zaman jepun dahulu.

Snorkeling dan Menyelam di Pulau Kapas

Aktiviti snorkelling dan menyelam skuba merupakan aktiviti yang tidak asing lagi apabila anda bercuti di kawasan pulau.

Pulau Kapas ini juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kelengkapan untuk anda melakukan aktiviti tersebut.

Setiap pengunjung yang pernah menyelam di sini begitu berpuas hati dengan ribuan ikan dan terumbu karang yang menyapa mereka di dasar laut.

Antara spesies hidupan laut yang anda bakal bertemu adalah belut laut,ikan pari, kerang gergasi, sotong, landak laut, gamat dan banyak lagi.

Tambahan pula, jika bernasib baik anda boleh beramah-mesra dengan penyu yang kadang2 muncul diperairan pulau kapas !

Melawat Blue Lagoon Pulau Kapas

Ada dua cara untuk sampai ke blue lagoon. Cara yang pertama adalah melalui jalan laut dengan menaiki bot untuk sampai ke blue lagoon.Anda boleh dapatkan tiket untuk ke sana melalui syarikat bot berpengalaman seperti  Kapas Marine  .

Cara kedua adalah dengan melalui jalan darat iaitu jungle trekking merentasi tengah pulau untuk sampai ke sana.Cara ini hanya disyorkan kepada anda yang sudah ada pengalaman meredah hutan tetapi kami lebih syorkan untuk menaiki bot sahaja. Selain ke blue lagoon,anda juga boleh melawat dan melihat sendiri apa yang ada di sekeliling pulau kapas !

Berkayak di Pulau Kapas

Percutian di Pulau Kapas bersama rakan-rakan pasti lebih menyeronokkan apabila anda turut melakukan aktiviti kayak. 

Di waktu petang, anda boleh menyewa peralatan untuk berkayak dan mula berkayak di sekitar pulau sambil menikmati pemandangan pantai dan keindahan matahari terbenam.

Untuk lebih mencabar, anda boleh mengadakan pertandingan berkayak dengan rakan-rakan dan pengunjung yang ada.

Mendaki Bukit Singa di Pulau Kapas

Jika ke Pulau Kapas anda wajib untuk ke Bukit Singa kerana ia merupakan landmark kepada pulau ini. Ia dikenali Bukit Singa kerana dari sisi bukit ini ia kelihatan seperti kepala singa.

Untuk ke sini anda perlu memakai pakaian yang sesuai kerana perjalanannya yang memerlukan anda untuk mendaki bukit dan kawasan yang berbatu licin.Sekurang-kurangnya memakai kasut atau selipar yang sukar untuk tertanggal !

Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk menikmati pemandangan Pulau Kapas dan merakamkan gambar yang begitu menakjubkan!

Jungle trekking Di Pulau Kapas

Anda juga boleh mencuba aktiviti jungle trekking di kawasan hutan Pulau Kapas melalui track yang sudah sedia ada.

Anda boleh meredah hutan ditengah pulau kapas untuk ke tempat-tempat menarik seperti ke Blue Lagoon !

Mandi di dalam Gua Batu Kapas

Dah berada di sekitar Bukit Singa, apa kata anda mengajak rakan-rakan untuk mandi-manda di dalam gua yang terletak di belakang Bukit Singa. 

Jika anda inginkan kenangan bercuti yang berbeza, lokasi ini wajib dikunjungi!

Kawasannya tidaklah begitu luas, namun kejernihan air laut yang ditambah tengah tempias cahaya matahari bakal menarik perhatian anda untuk meluangkan waktu untuk berendam di sini.

Bersiar-siar di sekitar Pantai Batu Kapas

Di waktu petang semestinya anda inginkan aktiviti yang lebih santai, jadi luangkan masa anda di kawasan tepi pantai.

Anda boleh menyelusuri gigi air atau bersiar-siar di jambatan batu di sekitar pantai pulau kapas.

Aktiviti santai ini bukan sahaja dapat menjamu mata dengan keindahan laut malah dapat memberi kelegaan buat anda yang sudah penat menyelam atau mendaki bukit.

Jika membawa anak-anak, ini merupakan waktu terbaik untuk melepaskan mereka meneroka pasir pantai yang dipenuhi dengan pelbagai cangkerang.

Island Hopping Pulau Kapas

Selain itu anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk melakukan aktiviti island hoping atau mengelilingi pulau kapas.

Bagi aktiviti ini anda bakal dibawa ke destinasi shark point iaitu lokasi yang mempunyai ikan jerung yang banyak, melihat kawasan tebing yang berbentuk hati ,melawat gua kelawar dan melawat blue lagoon yang terletak di belakang pulau kapas.

Walaupun destinasi untuk island hoping ini tidak begitu banyak, tetapi ia cukup untuk membuat anda terpesona dengan keajaiban alam ini.

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan panorama Pulau Gemia yang dikenali sebagai pulau mewah di Kuala Terengganu.

Melawat Rumah Api Pulau Kapas

Majoriti pengunjung yang bertandang ke pulau begitu teruja dan tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena matahari terbit dan matahari terbenam.

Jika di Pulau Kapas, spot yang terbaik untuk aktiviti ini adalah di Rumah Api.

Anda boleh bertanya arah tentang lokasi ini melalui jurupandu pelancong di sana.

Lokasi ini kurang menjadi bualan para pelancong namun ia cukup berbaloi untuk anda ke sana!

Tempat Penginapan di Pulau Kapas

Pulau yang berkeluasan kira-kira 2.72 km persegi ini turut menawarkan beberapa chalet dan resort penginapan yang begitu selesa untuk anda melepaskan lelah.

Antaranya adalah:

  •  Kapas Island Resort
  •  Ombak Kapas
  •  Qimi Private Bay
  •  Captain’s Longhouse
  •  Pak Ya Sea view cafe and chalet
  •  Kapas Coral Beach Resort
  •  Longsha Campsite 
  •  Lokoloko Campsite

dan lain-lain dengan pelbagai pilihan pakej yang menarik. Jika anda ingin merasai pengalaman berkhemah di pulau anda boleh menggunakan pekhidmatan Longsha Campsite dan Lokoloko dan semuanya boleh ditempah melalui Kapas Marine 

Cara ke Pulau Kapas

Untuk ke Pulau Kapas ini memerlukan anda semua menggunakan perkhidmatan bot Kapas Marine yang beroperasi di Jeti Pulau Kapas Marang sama ada untuk buat daytrip ke pulau kapas atau bermalam di pulau kapas.

Diingatkan sekali lagi nama jeti tersebut adalah Marang, bimbang jika anda tersalah ke Jeti Merang di Setiu pula !

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dan penginapan Di Pulau Kapas, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine !