Pakej Pulau Redang & Pulau Redang Resort 2025

Sedang mencari pakej Pulau Redang untuk percutian korang? Jom baca perkongsian menarik kami kali ini.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan kenapa Pulau Redang merupakan sebuah destinasi percutian yang menarik dan berbaloi untuk korang kunjungi.

Kami juga akan kongsikan apa aktiviti menarik dan pilihan pakej Pulau Redang terbaik untuk korang. Jom baca!

Pulau Redang: Pulau Terengganu Tercantik Di Dunia

Pulau Redang bukanlah nama asing dalam kalangan pencinta pantai dan aktiviti air. Terletak di perairan Laut China Selatan, kira-kira 45 kilometer dari pesisir pantai Terengganu, pulau ini merupakan sebahagian daripada Taman Laut Pulau Redang. Keunikan Pulau Redang bukan sahaja terletak pada keindahan pantainya, tetapi juga pada kekayaan hidupan marin yang mengelilinginya. Inilah yang menjadikan Pulau Redang antara destinasi pelancongan yang paling popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sejarah dan kelebihan pulau tumpuan pelancong

Sejarah Pulau Redang sebagai destinasi pelancongan bermula sejak tahun 1980-an, tetapi kepopularannya melonjak selepas penubuhan Taman Laut Pulau Redang pada tahun 1994. Sejak itu, pulau ini telah menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa yang ingin menikmati keindahan pantai tropika dan aktiviti menyelam yang menakjubkan.

Keistimewaan melancong ke Pulau Redang tidak terhad kepada pantainya sahaja. Pulau ini juga terkenal dengan terumbu karangnya yang pelbagai, menjadikannya syurga buat para penyelam dan peminat snorkeling. Dengan lebih 500 spesies ikan dan 100 jenis terumbu karang yang boleh ditemui di sini, setiap selaman atau sesi snorkeling anda pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Jadi, apa yang membuatkan pengalaman melancong ke Pulau Redang ini begitu istimewa? Selain daripada keindahan alamnya, pulau ini juga menawarkan pelbagai pilihan penginapan dari resort mewah hingga ke chalet dengan harga yang lebih berpatutan.

Lokasi Pulau Redang

Ia merupakan salah satu lokasi percutian popular di Malaysia yang terletak kira-kira 45 kilometer dari pesisir pantai Terengganu yang berada didalam daerah Setiu.

Pulau di Laut Cina Selatan ini yang terletak di dalam daerah Setiu, Terengganu ini mengambil masa sekitar 45 minit menggunakan perkhidmatan bot laju dari jeti Merang.

Ia juga tidak jauh dengan Kuala Terengganu. Daripada jeti Merang ke Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu, ia hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.

Cara Ke Pulau Redang

Salah satu soalan yang sering ditanya ialah, “Bagaimana cara terbaik untuk melancong ke Pulau Redang?” Apa pun pilihan anda, sama ada cara yang cepat atau santai-santai menikmati pemandangan semua route akan membawa anda ke salah satu daripada tiga jeti utama: Jeti Shahbandar, Jeti Merang, atau Jeti Taman Tamadun Islam (TTI).

Setiap jeti menawarkan perkhidmatan bot laju dan feri, memberikan anda fleksibiliti untuk merancang perjalanan yang sesuai dengan keperluan anda.

3 Aktiviti Utama Pakej Pulau Redang

1. Snorkeling dan Menyelam di Pulau Redang

Pulau Redang memang tidak dinafikan mempunyai banyak destinasi tempat untuk snorkeling & melihat ikan cantik-cantik secara langsung. Kalau anda membawa roti, bolehlah beri terus makan kepada ikan ketika snorkeling di sini.

Kawasan perairan snorkeling di sini juga sangat landai & kebiasaannya kawasan khas untuk snorkeling umumnya terbahagi kepada beberapa jenis, ada lokasi yang cetek & sesuai untuk kanak-kanak & ada juga lokasi snorkeling yang lebih dalam & mempunyai terumbu karang yang lebih cantik. Pengalaman snorkeling di Pulau Redang melihat ikan-ikan cantik tiada bezanya dengan snorkeling di pulau-pulau top yang lain di Malaysia seperti di Pulau Tioman, yang berbeza hanya jenis ikan & landskap struktur terumbu batu karang.

2. Scuba Diving Pulau Redang

Pulau Redang adalah sangat hebat bagi penyelam scuba kerana mereka boleh menikmati keindahan terumbu karang dan kehidupan marin yang lain di dalam laut. Penyelam boleh melihat jerung terumbu hitam, sotong, ikan dan banyak lagi.

Kita juga mungkin berjumpa dengan jerung paus dan ikan pari semasa menyelam di dalam laut jika bernasib baik.

Terdapat lebih 20 tempat untuk aktiviti menyelam yang sesuai untuk semua tahap penyelam-penyelam. Redang juga menawarkan lebih 80% spesies yang boleh dijumpai di ‘coral triangle’.

Setiap resort di Pulau Redang mempunyai sekolah menyelam sendiri yang membolehkan kita menamatkan kursus menyelam untuk mendapatkan lesen Air Terbuka. Kos untuk menyelam dari resort ke resort adalah berbeza.

Jangan pergi menyelam atau melawat pulau ini semasa musim monsun Redang kerana kita tidak dibenarkan untuk menyelam.

3. Melihat Penyu di Sekitar Pulau Redang

HawksbillOlive Ridley dan Penyu Hijau adalah antara spesis penyu yang boleh dijumpai di Pulau Redang. Musim bertelur bagi penyu hijau adalah dari Mac hingga Disember, Hawksbills adalah dari Januari hingga September dan Mei untuk Olive Ridleys.

Tempat bertelur adalah di Pasir Mak Simpan, Pasir Bujang, Teluk Dalam, Pasir Mak Kepit dan Pasir Chagar Hutang. Seatru (Sea Turtle Research Unit) pula adalah sebuah tempat di mana pengunjung boleh melihat nurseri dan pusat pemeliharaan penyu hijau.

Pengunjung boleh menjadi sukarelawan untuk mengutip telur untuk dieram. Telur penyu disimpan di tempat penetasan sehinggalah anak penyu menetas dan dilepaskan ke laut.

Waktu dan Tarikh yang Sesuai

Musim Bertelur:
Musim bertelur penyu di Pulau Redang biasanya bermula dari bulan Mei hingga September. Ini adalah waktu terbaik untuk merancang lawatan anda jika ingin menyaksikan penyu bertelur.

Masa Terbaik untuk Melihat Penyu:
Penyu biasanya muncul pada waktu malam untuk bertelur, jadi pengunjung disarankan untuk pergi ke pantai selepas matahari terbenam, antara pukul 8 malam hingga 11 malam. Anda mungkin perlu mendaftar dengan pihak resort atau pusat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti melihat penyu.

Lokasi Melihat Penyu

Pasir Chagar Hutang
Pasir Chagar Hutang adalah lokasi utama di Pulau Redang untuk melihat penyu bertelur. Pantai ini mempunyai pasir yang bersih dan tenang, menjadikannya tempat yang ideal bagi penyu untuk meletakkan telur mereka. Selain itu, kawasan ini juga dilindungi oleh pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan penyu dan telur mereka.

Pusat Penyelidikan Penyu
Pusat ini terletak berhampiran Pasir Chagar Hutang dan merupakan tempat di mana pengunjung boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang usaha pemeliharaan penyu. Pusat ini juga sering mengadakan program pendidikan untuk pelancong tentang pentingnya melindungi spesies terancam ini.

Senarai Pakej Pulau Redang

Ada beberapa jenis pakej Pulau Redang yang kami ingin tawarkan kepada korang. Pakej-pakej ini dibuat mengikut jumlah hari yang korang ingin luangkan disini, jenis aktiviti dan juga mengikut bajet korang. Korang juga boleh untuk dapatkan resort sahaja di Pulau Redang melalui Kapas Marine

1. Pakej Pulau Redang Daytrip

  •  Dewasa : Serendah RM95
  •  Kanak-kanak : Serendah RM75
  •  Bawah Umur: Percuma

2. Pakej Pulau Redang Penyu Premium

  •  Dewasa : Serendah RM119
  •  Kanak-kanak : Serendah RM99
  •  Bawah Umur: Percuma

3. Pakej Camping Pulau Redang

RM80 per camp per night for 4 pax


4. Custom Pakej Pulau Redang

Pakej Untuk custom Aktiviti,Makanan & Penginapan pada tawaran harga yang paling baik !

Sila Berhubung Dengan Team Kami Untuk Lebih Detail Kapas Marine

Tempat Penginapan Dan Resort di Pulau Redang

Pulau Redang menawarkan resort mewah yang mengikuti standard antarabangsa. Kebanyakan resort mempunyai restorannya sendiri.

Tapi, kita boleh menjumpai beberapa restoran persendirian di pulau ini. Anda boleh dapatkan senarai resort dan chalet Pulau Redang disini.

Antaranya adalah:

  •  Laguna Redang Island Resort
  •  Redang Beach Resort
  •  The Taaras Beach and Spa Resort
  •  Redang Bay
  •  Redang Reef
  •  Redang Lagoon Resort
  •  Redang Pelangi Resort
  •  Redang Mutiara Beach Resort
  • Redang Island Resort
  • Sari Pacifica
  • Redang Holiday Beach Resort
  • Redang Delima

Penginapan yang ditawarkan juga cukup dengan hospitaliti dan kemudahan yang disediakan untuk anda, seperti bilik berpendingin hawa, Wi-Fi, air panas di bilik air dan tempat untuk beriadah sesama sendiri. Manakala, bilik yang ditawarkan untuk anda pilih terdiri daripada Twin, Triple dan Quad. Tidak lupa juga didatangkan sekali dengan perkhidmatan makanan untuk 4 kali iaitu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam dan semuanya boleh ditempah melalui Kapas Marine 

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Redang Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Redang dan penginapan Di Pulau Redang, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine !