Untuk ke Pulau Kapas, anda perlu menaiki bot menerusi Jeti Pulau Kapas.
Dimana terletaknya jeti ini? Di Marang, Terengganu.
Jangan salah taip atau baca maps kerana ada dua daerah di Terengganu yang hanya berbeza sedikit sahaja ejaan dengan Marang iaitu Merang yang menempatkan sebuah lagi jeti ke destinasi popular iaitu Pulau Redang.
Kalau tersilap, memang agak menggangu jadual trip anda sebab kedua-dua lokasi ini sangat jauh di antara satu sama lain.
Perjalanan daripada jeti ke Pulau Kapas pula mengambil masa sekitar 10 minit.
Untuk ke Pulau Kapas ini memerlukan anda semua menggunakan perkhidmatan bot Kapas Marine yang beroperasi di Jeti Pulau Kapas Marang sama ada untuk buat daytrip ke pulau kapas atau bermalam di pulau kapas.