Kalau anda sedang mencari destinasi percutian yang memukau, kami ada satu cadangan yang pasti akan memikat hati anda.
Melancong ke Pulau Redang bukan sekadar percutian biasa-biasa, tapi pengalaman yang bakal mengubah pandangan anda tentang keindahan alam semulajadi Malaysia.
Berada di tengah-tengah lautan biru yang jernih, dikelilingi oleh pantai berpasir putih lembut, dan pemandangan bawah laut yang menakjubkan.
Itulah Pulau Redang untuk anda! Tapi sebelum anda mula berkemas beg, jom kami kongsikan panduan lengkap tentang apa yang anda perlu tahu sebelum memulakan pengembaraan ke syurga kecil ini.
Cara Ke Pulau Redang Melalui Jeti Merang
Salah satu soalan yang sering ditanya ialah, “Bagaimana cara terbaik untuk melancong ke Pulau Redang?” Apa pun pilihan anda—sama ada cara yang cepat atau santai-santai menikmati pemandangan — semua rute akan membawa anda ke salah satu daripada tiga jeti utama: Jeti Shahbandar, Jeti Merang, atau Jeti Taman Tamadun Islam (TTI).
Setiap jeti menawarkan perkhidmatan bot laju dan feri, memberikan anda fleksibiliti untuk merancang perjalanan yang sesuai dengan keperluan anda.
Memandu Kenderaan Sendiri
Jika anda memandu sendiri kenderaan, anda boleh parking kenderaan anda di Jeti Merang.
Harga parking bergantung kepada penyedia dan kebiasaanya sudah termasuk dalam harga tiket bot.
Sebelum anda tinggalkan kenderaan, pastikan tiada barang berharga.
Selain itu, pastikan tingkap kereta tertutup rapat dan kereta di kunci dengan selamat.
Anda juga boleh dapatkan kupon parking dan juga tiket bot di kaunter pertama yang anda akan jumpa sebelum sampai di jeti.
Menaiki Kapal Terbang
Jika anda menaiki flight, anda boleh menempah tiket penerbangan dari KLIA ke Airport Kuala Terengganu.
Dari Kuala Terengganu, anda boleh ambil Taxi atau E-hailing untuk teruskan perjalanan dan akan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk tiba di Jeti Merang.
Menaiki Bas
Jika anda menaiki bas, anda boleh turun di Terminal Bas Kuala Terengganu (MPKT) dan kemudian menaiki taxi atau Grab untuk ke Jeti Merang.
Di Jeti Merang, terdapat kemudahan tandas dan surau jika anda memerlukan.
Sebaiknya anda memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti laut.
Untuk wanita, lebih sesuai memakai seluar kerana memerlukan anda untuk melangkah ke bot dan menaiki tangga.
Pastinya kenangan ini membuatkan anda tak sabar dan teruja untuk tiba di Pulau Redang.
Bot Ke Pulau Kapas
Perjalanan ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tiket boleh dibeli terus di Jeti Merang ataupun sebaiknya anda terus menempah tiket bot secara atas talian melalui Kapas Marine untuk mengelakkan tiket habis dijual pada hari trip anda ! Hal ini biasa terjadi pada hari-hari cuti.
Harga tiket yang ditawarkan untuk perkhidmatan bot dari jeti Merang ke Pulau Kapas bergantung pada syarikat bot yang dipilih, aktiviti yang ingin dilakukan , musim serta kategori umur penumpang. Kapas Marine biasanya mengekalkan harga yang paling berpatutan dan tidak berubah-ubah dikala musim cuti tiba.
Antara syarikat bot yang menawarkan perjalanan ke Pulau Redang ialah Azhari Boat Service, Ag Holiday Boat Service dan Kapas Marine Boat Service.
Berikut merupakan contoh harga tambang bot ke Pulau Redang bagi pelbagai kategori umur dan ianya berubah mengikut pakej yang ingin diambil.
Harga tiket ke pulau redang disenaraikan merupakan harga perjalanan bagi dua hala berserta aktiviti snorkeling ke 7 atau lebih point menarik :
-
- Dewasa – dari RM 90.00
-
- Kanak-kanak – dari RM 70.00
-
- Kanak-kanak bawah 3 tahun – Percuma
Perkhidmatan bot disediakan hampir setiap hari bagi perjalanan ke Pulau Redang. Bot pertama biasanya akan berlepas pada pukul 8.30 pagi dari Jeti Merang.
Pastikan anda menyusun waktu sebaiknya kerana tiada bot yang bergerak pada waktu malam kecuali private boat yang boleh ditempah melalui syarikat Kapas Marine .
Jadual Bot Ke Pulau Redang
Jadual Perjalanan Bot adalah seperti berikut :
Jeti Merang ke Pulau Redang
Bermula 8:30am – 5:00pm
Pulau Redang ke Jeti Merang
8:30am- 5:00pm
For more details ,please deal with our main service provider company , Kapas Marine
Perancangan Awal Penting
Nasihat kami kepada semua bakal pelancong yang akan berkunjung ke Pulau Redang,rancanglah awal perjalanan anda dan tempahlah tiket bot dan penginapan seawalnya untuk mengelakkan masalah yang timbul pada hari trip terutama kepada yang ingin walk in di jeti, ini disebabkan tempat yang terhad tersedia untuk slot setiap perjalanan bagi memastikan semua pelancong berada dalam keadaan selamat dan selesa. Untuk penginapan pula, anda haruslah membuat tempahan awal kerana terdapat tidak banyak jumlah bilik yang disediakan oleh setiap resort, oleh itu lock slot percutian anda segera bersama kami !
“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Redang Terbaik?”
Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Redang dan penginapan Di Pulau Redang, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine !